1) Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Buat Semua Warga Pendidik SKUT,Staff-Staff ,Murid-Murid, Ibu Bapa dan Seluruh Umat Islam. Lebaran Bererti Satu Kemenangan Buat Kita Semua Untuk Memulakan Satu Misi Pembaharuan Diri Yang Seterusnya.
2) Selamat Menikmati Kegembiraan Bercuti Juga Merasai Kemeriahan Perayaan Nombor Satu Malaysia Ini Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Bumi Bertuah Sentiasa Harmoni.
3) Jadikan Aidilfitri ini sebagai titik permulaan untuk menguatkan ikatan kekeluargaan, menambah keserasian sesama pasangan dan mengolah kemesraan antara yang pernah menabur jasa dengan yang pernah menerima jasa.
4) Aidilfitri adalah masanya untuk kita menginsafi asal-usul dan keturunan. Moga Aidilfitri dapat menurunkan keegoan diri yang tanpa disedari telah mencengkam kuat keperibadian diri kita. Kita mudah terlupa betapa asal-usul kita penuh dengan hikmah dan tauladan, penuh dengan kesederhanaan, penuh dengan keperitan juga dugaan dan penuh dengan kasih-sayang yang suci daripada mereka-mereka disekeliling sewaktu kita menginjak dewasa dahulu.
5) Aidilfitri biarlah menjadi satu pencetus perubahan untuk kita lebih menyanyangi ibu dan ayah, membina azam dan harapan untuk sentiasa mendekati mereka selepas ini. Jangan kita jadikan ibu dan ayah sebagai bahan kenang-kenangan di musim-musim tertentu sahaja. Mereka tidak layak untuk 'disamakan' dengan muzium mahupun taman simpanan haiwan yang akan dilawati apabila kita mahu menikmati cuti ataupun di waktu lapang semata-mata.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN