Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Eidul Adha





Selamat Hari Raya Eidul Adha 2009 buat semua warga SKUT, Mari kita hayati maksud dan pengertian Hari Raya Eidul Adha. Dipetik daripada wikipedia.


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Thursday, November 19, 2009

Family Day di SP Inn

Pihak Badan Kebajikan Guru dan Staff SKUT 09 telah menganjurkan family day bertempat di SP Inn. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini khususnya AJK BKGS seperti Pn Yuslina (Orang Kuat Program ini), En Abdullah (Ceti merangkap Along BKGS), Puan Nordishah (Tukang Tulis BKGS) dan semua pihak yang terlibat.

Pic Of the Day (Family Day).Credit goes to En Fouzi (da Cameraman)






Mimi dengan gaya Snow Whitenya. But beware..jgn main2 dgn dia...garang



Pengumuman....pemilik kereta perdana PE* 1166...sila ubah kenderaan anda dengan kadar segera...terima kasih



Pak Teh : Dia ni...nak ckp tepon pun p laa jauh2 skit. Aku nak amik makanan pun payah.



Masing-masing tengah menunggu green light untuk makan. Sobar...den...sobar



GB : Lepas ni jangan lupa kongsi hadiah ni dgn cikgu Fouzi tau



GB : Salam....cium tangan dulu....baru aku bagi hadiah
C.Syam : Bolehlah...janji dapat hadiah....



Master Mind Jamuan Akhir Tahun BKGS..



Heroin yang paling kuat teriak....ikut perangai ummi dia masa kecik2.



Alia Cute mewarisi kecutetan ibunya



Haii...menung jauh nampak....ingat kat abg Pian ker???



Baju merah tue dok tgk jaa dari tadi..nak terjun..terjun laaa



Masing2 kepenatan setelah menghabiskan 2 tray nasi goreng n mee goreng



Senyuman manja daripada Papa Chop



Woittt....nih dah abih2 makan nih...sapa yang nk settle......main blah jer

Wednesday, November 18, 2009

Hari Anugerah Cemerlang SKUT 2009

Hari Anugerah Cemerlang SK Ulu Tawar tahun 2009 telah berlangsung pada 18 November 2009 bertempat di Dewan SK Ulu Tawar. Berikut antara gambar2 yang sempat di snap oleh cameraman sekolah