Thursday, August 27, 2009

Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!













Selamat menyambut KEMERDEKAAN yang ke 52 tahun. Kepada pembaca2 blog ini...semoga kita dapat menyambut kemerdekaan kali ini dengan penuh kesedaran dan rasa bersyukur. Jadikan segala peristiwa lepas yang berlaku semasa penjajahan sebagai satu sejarah hitam buat kita. Jangan kita ulangi kesilapan yang sama. Sematkan dalam diri kita, keluarga kita, anak2 kita dan murid2 kita satu semangat.....SEMANGAT CINTAKAN TANAH AIR kita. Semangat Alif Ba dan Ta....Agama, Bangsa dan Tanah Air kita.

Merdeka!!!
Merdeka!!!Merdeka!!!




Sambutan kemerdekaan peringkat sek0lah akan diupdate selepas ini.

Wednesday, August 26, 2009

Sajak Guru Oleh Usman Awang

Marilah kita ambil masa sejenak untuk merenung sajak hasil nukilan TW@Usman Awang. Nilaikanlah segala jasa dan pengorbanan guru selama ini.



Guru Oh Guru


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;

Berguru kepalang ajar,

Ibarat bunga kembang tak jadi.


Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetlaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakill seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Usman Awang

1979

Koleksi Rancangan Pengajaran Tahunan

Rancangan Pengajaran Tahunan pelbagai subjek dan tahun. Antara rancangan tahunan subjek yang ada dalam koleksi blog ini adalah seperti:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Science
  • Mathematics
  • PJ/PK
  • Pendidikan Seni Visual
  • J-Qaf
  • Kajian Tempatan


Klik pada link di bawah untuk download rancangan pengajaran tahunan :

Rancangan Pengajaran Tahunan

Pic Of The Day (Warga SK Ulu Tawar)



Cikgu Ahmad A.K.A GB Sk Ulu Tawar



Cikgu Elias & Cikgu Norni




Dari kiri Cikgu Hayati,Cikgu Aisyah,Cikgu Yuslina,Cikgu Dishah,Cikgu Norni dan Ustazah Ummi




Dari kiri Ustaz Zul,Cikgu Merlina,Cikgu Pian,Cikgu Yusof,Cikgu Amin dan Cikgu Jai



Cikgu Yuslina & her daughter


Pasangan bahagia Cikgu Fendi & Cikgu Dishah



Cikgu Yusof bergaya ala2 model



Jangan Lupa Lirik - Cikgu Rohani



Cikgu Rodzi dengan gaya machonya



Persembahan magic dari Cikgu Amin



Cikgu Aisyah sedang melayan perasaan



Cikgu Azainizan Aziz A.K.A Cikgu Jai



SK Ulu Tawar Next Top Model....Cikgu Abdullah



Cikgu Syamsul dalam dunia khayalannya




Dari sebelah kiri Cikgu Dishah & Ustazah Fazlina




Ustazah Ummi merupakan peserta akhir Akademi Fantasia 7













Saturday, August 22, 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Selamat menjalani ibadah puasa buat warga SKUT

Sepertimana diketahui bulan ramadhan adalah bulan kesabaran, hadapilah ia dengan penuh adab , semangat dan kesungguhan .
beberapa adab atau pekara yg harus kita lakukan.. satu perkara biasa kita dengari dan bacanya
tapi kadang2 sukar untuk kita lakukan......
pertamanya , janganlah meluahkan perasaan dengan memukul2 Photobucket.pekik2 akibat terlalu panas atau terlalu lapar dan haus ketika berhadapan dengan ujian musim2 panas .. munyit api2
dan bagi yang tak sempat bersahur.. bangun2 dah pukul 7.00 pagi.. subuh gajah lah jawapannya tu, janganlah bermuram durja duka sedih.. Photobucketmonyok dari pagi sampai kepetang.
bagi yang bersahur pula, penulis kitab alkasyaf mengatakan bahwa waktu bersahur ialah 1/6 terakhir dari malam, Photobucket
yakni seluruh malam dibahagi kan pada 6 bahagian dan masa bersahur adalah bahagian yg terakhir . contohnya ialah jika tempoh dari terbenam matahari sehingga naik fajar sadiq adalah dua belas jam maka dua jam terakhir adalah masa untuk bersahur .
hadhrat ibnu umar ra.huma berkata bahawa rasullah s.a.w bersabda allah dan para malaikatnya menurun kan rahmat keatas orang yang bersahur.
dan nabi s.aw ada bersabda perbezaan antara puasa kita dengan ahli2 kitab adalah bersahur .
oleh itu rebutlah peluang faedah dan kelebihan bersahur supaya mendapat kekuatan puasa disiang harinya Photobucket
disaat berpuasa banyakkan berzikir . nabi s.aw memerintahkan untuk memperbanyakkan empat perkara dibulan ramadhan :
pertamanya ia lah kalimah syahadah, kerana dia adalah zikir yang paling utama - jika ditimbangkan 7 petala langit dan 7 petala bumi di sebelah dacing dan sebelah dacing lagi dengan kalimah lailahaillah, maka kalimah lailahaillah akan lebih berat.
kedua adalah membanyakkan istighfar , barangsiapa yang yang memperbanyakkan istighfar maka allah membukakannya jalan kelepasan dari segala kesempitan dan melepaskan segala kebimbangan dan memberi kepadanya rezeki dari sumber yang tidak di sangka2Photobucket
dan yang ketiganya adalah memohon dua perkara yang tidak dapat tidak mesti dilakukan iaitu doa untuk mendapatkan syurga dan neraka.. Photobucket
dengan kita mengamalkan ketiga2 perkara ini maka kurang lah kita berkata sia2 Photobucket pada bulan ramadhan dan terhindarlah kita kepada perkara2 yang ma la ya'ni Photobucket
rasa nya tiada alasan kepada yang sibuk dengan kerja nya untuk membuat ketiga2 perkara ini. sambil2 kita membuat kerja lidah kita basah dalam mengigati allah.
pada waktu tengahari sebaik2nya berehat atau tidurlah sementara iaitu qailulah agar pada waktu petang kita tdk penat menyiapkan juadah berbuka puasa, dan pada waktu malam mendapat kesegaran untuk berdiri sembahyang tarawikh dan tidak mengantuk beribadah pada waktu malam.. Photobucket
apabila selepas asar jangan terlalu gopoh Photobucket untuk memikirkan soal berbuka..
duduk lah seketika solah asar untuk membaca quran paling kurang jika kita tidak bertadarus sesama ahli keluarga arau sahabat2.. kita tilawah seorang diri. munyit stadi2
memberi masa untuk kita tunaikan hak kita pada alquran.
Rasullah s.aw bersabda ambil beratlah untuk memabaca quran kerana alquran adalah nur untuk kamu didunia dan bekalan di langit
dan juga sabda nabi : alquran adalah hujah bagi kamu atau keatas kamu.
rebutlah peluang untuk khatam dibulan yang mulia .insyallah
saat kita siapkan juadah untuk berbuka samaada masak atau tunjuk2 kat gerai2.. Photobucket bersederhanalah. itu yang paling afdhal. kerana kita puasa 30 hari , takkan mahu menghabiskan berbagai2 jenis kuih dalam satu hari
yang diutamakan adalah korma dan air sejuk sebagai tanda kesyukuran dapat melepasi satu ujian dan nikmat allah beri pada kita.
jangan pulamunyit geleng2 sibuknya kita dengan makanan untuk berbuka sehingga tiada masa untuk berdoa , malah doa berbuka puasa pun terlupa untuk dibaca . sedangkan doa sebelum berbuka adalah mustajab..
tak ketinggalan bagi mereka yang terlupa atau bt2 lupa dengan solah maghribnya kerana asyik dengan makanannya. Photobucket
janganlah kerana kita menunaikan satu perkara fardhu kita meninggalkan fardhu lain yang lebih penting disisi ALLAH atau setidak2nya menunaikan solah dalam keadaan cacat kerana ulama feqah menyatakan bahawa menunaikan solah tanpa berjemaah (bagi lelaki) adalah satu amalan cacat, disamping itu Rasullah bersabda solah orang yang berhampiran dengan masjid bukanlah solah kalau ia tidak ditunaikan..
adalah saya.. sangat mengkagumi para2 lelaki yang menjaga solahnya diawal waktu dan sembahyang berjemaah... Photobucket
sabda nabi s.aw 'sesungguhnya aku benar2 berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku , kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah dirumah tan[pa sebarang keuzuran,lalu membakar rumah mereka'
sungguh besarnya perintah menunaikan solah berjemaah, dan sembahyang tempat dmana azan dilaungkan munyit pekik2
dan selepas itu sama2 kita rebutkan pahala solah tarawih
rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.).
Maksud daripada Hadith tersebut ialah bahawa setiap orang yang menyemarakkan malam-malam bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, zikir dan membaca Al-Quran dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharap akan pahalanya, maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa silam, selama mana dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil. Adapun mengenai dosa-dosa besar, maka wajib melalui jalan Taubat Nasuha.
Demikianlah pendapat para Ulama Fekah.
Rasullah tidak mewajibkan .cuma kita sebagai hamba ALLAH yang tak terlepas dari dosa2..
masa inilah kita rebut peluang, memohon keampunan dari ALLAH dan mengharap pahala dariNYA
bilangan rakaatnya pula..
saya belum jumpa hadith yang mengatakan solah 8 rakaat atau tiada tetap bilangan.. (kalau ada, bagitau ya.)
cuma dari imam mujtahid menetapkan bahawa solat Tarawih berjumlah 20 raka'at berdasarkan hadith riwayat al-Baihaqi dan riwayat lain dengan sanad yang sorih lagi sohih daripada Saib bin Ziyad, yakni seorang sahabat yang terkenal. Saib berkata: "Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. umat Islam mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 raka'at.
Imam Nawawi menerangkan: "Mazhab kami menetapkan bahawa solat Tarawih berjumlah 20 raka'at dengan sepuluh salam selain witir. Ini terdiri daripada lima "tarwihat" (istirahat) dan satu Tarawih terdiri daripada empat raka'at dengan terdiri dua salam.
dan..akhirnya sama2 kita berjaga malam munajat sepertiga malam . hanya kita yang boleh menilai baik dan buruk diri kita . memohon keampunan dari ALLAH atas dosa2 yang telah lalu sedang dan akan datang,
moga kita tak termasuk dikalangan orang yang rugi pada waktu sebegini samaada menghabiskan masa tidurnya Photobucket atau membuat perkara yg tidak mendatangkan faedah ..