Selamat menjalani ibadah puasa buat warga SKUT
Sepertimana diketahui bulan ramadhan adalah bulan kesabaran, hadapilah ia dengan penuh adab , semangat dan kesungguhan .
beberapa adab atau pekara yg harus kita lakukan.. satu perkara biasa kita dengari dan bacanya
tapi kadang2 sukar untuk kita lakukan......
pertamanya , janganlah meluahkan perasaan dengan memukul2 .pekik2 akibat terlalu panas atau terlalu lapar dan haus ketika berhadapan dengan ujian musim2 panas ..
dan bagi yang tak sempat bersahur.. bangun2 dah pukul 7.00 pagi.. subuh gajah lah jawapannya tu, janganlah bermuram durja duka sedih.. monyok dari pagi sampai kepetang.
bagi yang bersahur pula, penulis kitab alkasyaf mengatakan bahwa waktu bersahur ialah 1/6 terakhir dari malam,
yakni seluruh malam dibahagi kan pada 6 bahagian dan masa bersahur adalah bahagian yg terakhir . contohnya ialah jika tempoh dari terbenam matahari sehingga naik fajar sadiq adalah dua belas jam maka dua jam terakhir adalah masa untuk bersahur .
hadhrat ibnu umar ra.huma berkata bahawa rasullah s.a.w bersabda allah dan para malaikatnya menurun kan rahmat keatas orang yang bersahur.
dan nabi s.aw ada bersabda perbezaan antara puasa kita dengan ahli2 kitab adalah bersahur .
oleh itu rebutlah peluang faedah dan kelebihan bersahur supaya mendapat kekuatan puasa disiang harinya
disaat berpuasa banyakkan berzikir . nabi s.aw memerintahkan untuk memperbanyakkan empat perkara dibulan ramadhan :
pertamanya ia lah kalimah syahadah, kerana dia adalah zikir yang paling utama - jika ditimbangkan 7 petala langit dan 7 petala bumi di sebelah dacing dan sebelah dacing lagi dengan kalimah lailahaillah, maka kalimah lailahaillah akan lebih berat.
kedua adalah membanyakkan istighfar , barangsiapa yang yang memperbanyakkan istighfar maka allah membukakannya jalan kelepasan dari segala kesempitan dan melepaskan segala kebimbangan dan memberi kepadanya rezeki dari sumber yang tidak di sangka2
dan yang ketiganya adalah memohon dua perkara yang tidak dapat tidak mesti dilakukan iaitu doa untuk mendapatkan syurga dan neraka..
dengan kita mengamalkan ketiga2 perkara ini maka kurang lah kita berkata sia2 pada bulan ramadhan dan terhindarlah kita kepada perkara2 yang ma la ya'ni
rasa nya tiada alasan kepada yang sibuk dengan kerja nya untuk membuat ketiga2 perkara ini. sambil2 kita membuat kerja lidah kita basah dalam mengigati allah.
pada waktu tengahari sebaik2nya berehat atau tidurlah sementara iaitu qailulah agar pada waktu petang kita tdk penat menyiapkan juadah berbuka puasa, dan pada waktu malam mendapat kesegaran untuk berdiri sembahyang tarawikh dan tidak mengantuk beribadah pada waktu malam..
apabila selepas asar jangan terlalu gopoh untuk memikirkan soal berbuka..
duduk lah seketika solah asar untuk membaca quran paling kurang jika kita tidak bertadarus sesama ahli keluarga arau sahabat2.. kita tilawah seorang diri.
memberi masa untuk kita tunaikan hak kita pada alquran.
Rasullah s.aw bersabda ambil beratlah untuk memabaca quran kerana alquran adalah nur untuk kamu didunia dan bekalan di langit
dan juga sabda nabi : alquran adalah hujah bagi kamu atau keatas kamu.
rebutlah peluang untuk khatam dibulan yang mulia .insyallah
saat kita siapkan juadah untuk berbuka samaada masak atau tunjuk2 kat gerai2.. bersederhanalah. itu yang paling afdhal. kerana kita puasa 30 hari , takkan mahu menghabiskan berbagai2 jenis kuih dalam satu hari
yang diutamakan adalah korma dan air sejuk sebagai tanda kesyukuran dapat melepasi satu ujian dan nikmat allah beri pada kita.
jangan pula sibuknya kita dengan makanan untuk berbuka sehingga tiada masa untuk berdoa , malah doa berbuka puasa pun terlupa untuk dibaca . sedangkan doa sebelum berbuka adalah mustajab..
tak ketinggalan bagi mereka yang terlupa atau bt2 lupa dengan solah maghribnya kerana asyik dengan makanannya.
janganlah kerana kita menunaikan satu perkara fardhu kita meninggalkan fardhu lain yang lebih penting disisi ALLAH atau setidak2nya menunaikan solah dalam keadaan cacat kerana ulama feqah menyatakan bahawa menunaikan solah tanpa berjemaah (bagi lelaki) adalah satu amalan cacat, disamping itu Rasullah bersabda solah orang yang berhampiran dengan masjid bukanlah solah kalau ia tidak ditunaikan..
adalah saya.. sangat mengkagumi para2 lelaki yang menjaga solahnya diawal waktu dan sembahyang berjemaah...
sabda nabi s.aw 'sesungguhnya aku benar2 berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku , kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah dirumah tan[pa sebarang keuzuran,lalu membakar rumah mereka'
sungguh besarnya perintah menunaikan solah berjemaah, dan sembahyang tempat dmana azan dilaungkan
dan selepas itu sama2 kita rebutkan pahala solah tarawih
rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.).
Maksud daripada Hadith tersebut ialah bahawa setiap orang yang menyemarakkan malam-malam bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, zikir dan membaca Al-Quran dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharap akan pahalanya, maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa silam, selama mana dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil. Adapun mengenai dosa-dosa besar, maka wajib melalui jalan Taubat Nasuha.
Demikianlah pendapat para Ulama Fekah.
Rasullah tidak mewajibkan .cuma kita sebagai hamba ALLAH yang tak terlepas dari dosa2..
masa inilah kita rebut peluang, memohon keampunan dari ALLAH dan mengharap pahala dariNYA
bilangan rakaatnya pula..
saya belum jumpa hadith yang mengatakan solah 8 rakaat atau tiada tetap bilangan.. (kalau ada, bagitau ya.)
cuma dari imam mujtahid menetapkan bahawa solat Tarawih berjumlah 20 raka'at berdasarkan hadith riwayat al-Baihaqi dan riwayat lain dengan sanad yang sorih lagi sohih daripada Saib bin Ziyad, yakni seorang sahabat yang terkenal. Saib berkata: "Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. umat Islam mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 raka'at.
Imam Nawawi menerangkan: "Mazhab kami menetapkan bahawa solat Tarawih berjumlah 20 raka'at dengan sepuluh salam selain witir. Ini terdiri daripada lima "tarwihat" (istirahat) dan satu Tarawih terdiri daripada empat raka'at dengan terdiri dua salam.
dan..akhirnya sama2 kita berjaga malam munajat sepertiga malam . hanya kita yang boleh menilai baik dan buruk diri kita . memohon keampunan dari ALLAH atas dosa2 yang telah lalu sedang dan akan datang,
moga kita tak termasuk dikalangan orang yang rugi pada waktu sebegini samaada menghabiskan masa tidurnya atau membuat perkara yg tidak mendatangkan faedah ..
Saturday, August 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment